Mesyuarat Agung PDF Print E-mail

Mesyuarat Agung

Mesyuarat Agung Tahunan (AGM)
Syarikat perlu mengadakan AGM sekurang-kurangnya sekali setiap tahun dengan syarat jarak antara satu AGM dengan AGM yang lain tidak melebihi 15 bulan. AGM pertama tidak perlu diadakan sehingga 18 bulan selepas syarikat diperbadankan.

Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM)
Semua mesyuarat agung selain daripada AGM dikenali sebagai Mesyuarat Agung Luar bIasa (EGM). EGM boleh diadakan pada bila-bila masa yang difikirkan perlu.

Notis mesyuarat
Tempoh notis AGM atau EGM bergantung kepada ketetapan yang akan diluluskan dalam mesyuarat agung berkenaan. Notis 14 hari bagi ketetapan baisa dan notis 21 hari bagi ketetapan khas.