Lembaga Pengarah PDF Print E-mail

Lembaga Pengarah

Mesyuarat Lembaga Pengarah adalah mesyuarat yang disertai oleh pengarah-pengarah untuk membuat keputusan pengurusan. Tiada sebarang keputusan pengurusan boleh dibuat oleh individu pengarah keuali dibenarkan atau diberi kausa oleh Mesyuarat Lembaga Pengarah. Setiausaha Syarikat tidak mempunyai hak untuk hadir mesyuarat lembaga pengarah. Walau bagaimanapun adalah menjadi amalan biasa untuk Setiausaha Syarikat untuk hadir dan mencatat minit smabil membantu mengurus mesyuarat secara berkesan. Sebagai ganti mesyuarat yang formal, Ketetapan Edaran Pengarah-pengarah boleh juga digunakan untuk membuat sesuatu keputusan pengurusan dengan syarat mendapat persetujuan semua pengarah-pengarah.